News & Events

Forum Awam Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)

Forum HUKM dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Sri Dr. S Subramaniam yang diwakili Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Datuk Dr. Shahnaz Murad. Turut hadir, Ahli Lembaga Pengarah UKM , Tan Sri Dato Seri Dr. Ibrahim Saad; Pengarah UMBI, Prof Datuk Dr A Rahman A Jamal; Timbalan Dekan Fakulti Perubatan, Prof. Dr. Roslina Abdul Manap dan Ketua Pusat Terapi Sel PPUKM, Prof Dr. S Fadilah Abdul Wahid.

Forum itu dikendalikan oleh selebriti terkenal Januar Haikal selaku moderator forum. Forum yang julung kali diadakan itu turut dihadiri tetamu jemputan Malaysia seperti Imam Young Asyraf,penyanyi terkenal Sasha Saidin,pakar sel stem dalam bidang perubatan dan penyelidikan, Prof Dr. S Fadilah Abdul Wahid (Ketua Pusat Terapi Sel) dan Dr. Chin Sze Piaw (Cytopeutics Sdn. Bhd) dan Dr. Azizah Ab Ghani (Pengerusi Seksyen Biologi, NPRA, KKM) yang mengutarakan topik dan menjawab persoalan dan kebimbangan masyarakat mengenai sel stem dari segi perubatan dan kesihatan, kecantikan dan perspektif Islam.